Zara Zakiah Education

ZARA ZAKIAH EDUCATION SDN. BHD. merupakan sebuah agensi milik bumiputera muslim sepenuhnya yang berperanan membantu pelajar dan ibu bapa yang ingin melanjutkan pengajian sama ada dalam mahupun luar negara.

Kami menawarkan yuran perkhidmatan yang berpatutan dan bersesuaian. Kami bukan hanya agensi yang menyediakan perkhidmatan penempatan pelajar, malahan kami juga menyediakan sistem sokongan bantuan kepada ibu bapa di Malaysia dan juga para pelajar di luar negara . Sistem sokongan di luar negara adalah merangkumi pelbagai hal seperti tunjuk ajar kemahiran hidup serta bantuan melayan karenah birokrasi sistem dan masyarakat tempatan.

Alhamdulillah dengan pengalaman menghadapi pelbagai karenah pelajar, universiti dan birokrasi selama 13 tahun kami sentiasa melakukan penambahbaikan demi untuk kepuasan hati dan keselesaan ibu bapa serta pelajar.

Program dan universiti luar negara yang kami tawarkan adalah Institusi Pengajian Awam (IPTA) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Jika ada sebarang kecelaruan atau keraguan boleh berhubung terus dengan saya. Sekian, terima kasih.

 

Mohammad Anwar Bin Shamsudin

Pengarah Urusan Zara Zakiah Education Sdn. Bhd.

+6019-727 2362

Carta Organisasi

Visi

Menjadi sebuah syarikat konsultan pendidikan No. 1 di Asia Tenggara menjelang tahun 2021.

Misi

  • Kerjasama dengan 100 GLC dan 50 rakan niaga.
  • Mempunyai 200 orang perunding pendidikan yang berkualiti.
  • Mempunyai institut yang menawarkan Program Asasi dan Bahasa.
  • Menawarkan lebih daripada 30 program meliputi program Sains, Teknikal, Pengajian Islam dan Bahasa.
  • Kerjasama dengan IPTA dan IPTS untuk pengambilan pelajar antarabangsa.

Perkhidmatan Kami

Zara Zakiah Education menyediakan perkhidmatan seperti berikut :-

  • Khidmat nasihat profesional dan perkongsian pengalaman dalam pengurusan pelajar ke luar negara.
  • Membantu pelajar memperlengkapkan diri dari segi mental dan fizikal sebelum ke luar negara.
  • Menguruskan pendaftaran, penginapan yang selesa, serta penerbangan pelajar di luar negara.
  • Motivasi dan tips untuk lebih cemerlang.

Ambil Peluang Ini Untuk Melanjutkan Pelajaran Anda

Hubungi Kami Pada Bila-bila Masa

No. 6-2, Jalan Puteri 2A/1,
Bandar Puteri Bangi

Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 5.30 ptg
Sabtu : Temujanji sahaja
Ahad : Cuti

No. 6-2, Jalan Puteri 2A/1,
Bandar Puteri Bangi

Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 5.30 ptg
Sabtu : Temujanji sahaja
Ahad : Cuti